Skip to main content

Seni Bina Mesir Purba


Sebuah buku yang ringkas tetapi padat dengan isi kandungan yang membincangkan perkembangan seni bina sejak pemerintahan Firaun pertama hingga ke zaman pemerintahan Firaun keturunan Romawi, pemerintah Mesir dinasti terakhir. Bangunan yang dibina merangkumi pusara Mastaba, Piramid, Pusara Pahatan Gua Batu, Kuil Penyembahan, Kuil Perkebumian dan seni bina rumah rakyat biasa. Perbincangan dibantu oleh lakaran yang menarik.
RM 38.00

Comments

Popular posts from this blog

Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu Kedah Utara

Rumah Kedah terbahagi kepada dua jenis rumah iaitu rumah Kedah Utara dan Kedah Selatan. Rumah-rumah di utara mempunyai pelan lantai yang lebih luas kerana mempunyai sebuah ruang tamu tambahan yang dikenali sebagai Lepau. Ruang ini ditutupi oleh bumbung berperabung menjadikanpandangan hadapan rumah kelihatan unik. Rumah Kedah Selatan pula mengekalkan ruang Lepau tetapi menggunakan bumbung panjang sahaja. Dinding hadapan dihiasi dengan ukiran yang menarik. RM 60.00

Lukisan Perincian Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu

Pembinaan bangunan yang baik bukan sahaja bergantung kepada pemilihan bahan binaan yang sesuai tetapi penggunaan perincian bangunan yang betul sesuai dengan bahan, teknik dan cuaca setempat. Pembinaan tradisional Melayu yang tidak menggunakan paku, memerlukan sistem sambungan bertanggam yang berasaskan pembinaan tebuk, pasak, pementing, puting dan penyandal. Huraian dalam buku ini adalah mengikut urutan kerja pembinaan bangunan tradisional seperti penyediaan asas, pembinaan struktur utama, lantai, bumbung, tangga, dinding, pintu, tingkap dan hiasan. Urutan tersebut sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri. RM 80.00

Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu Perak

Buku lukisan terukur ini menumpu kepada rumah tradisional Melayu Perak iaitu rumah Kutai tipikal yang hampir pupus. Rekabentuk rumah Kutai lazimnya, ringkas dan mudah tetapi unik dan menarik. Lukisan dua dan tiga dimensi serta lukisan perincian dapat membantu pembaca memahami aspek rekabentuk rumah Kutai dengan mudah. RM 50.00