Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional

Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu Pulau Pinang

Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian pertama yang membincangkan aspek menjalankan lukisan terukur dan bahagian kedua ialah lukisan terukur tiga buah rumah tipikal Pulau Pinang. Lukisan terukur merangkumi lukisan dua dan tiga dimensi dan lukisan perincian pada bahagian yang terpilih. RM 60.00

Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu Kedah Utara

Rumah Kedah terbahagi kepada dua jenis rumah iaitu rumah Kedah Utara dan Kedah Selatan. Rumah-rumah di utara mempunyai pelan lantai yang lebih luas kerana mempunyai sebuah ruang tamu tambahan yang dikenali sebagai Lepau. Ruang ini ditutupi oleh bumbung berperabung menjadikanpandangan hadapan rumah kelihatan unik. Rumah Kedah Selatan pula mengekalkan ruang Lepau tetapi menggunakan bumbung panjang sahaja. Dinding hadapan dihiasi dengan ukiran yang menarik. RM 60.00

Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu Perak

Buku lukisan terukur ini menumpu kepada rumah tradisional Melayu Perak iaitu rumah Kutai tipikal yang hampir pupus. Rekabentuk rumah Kutai lazimnya, ringkas dan mudah tetapi unik dan menarik. Lukisan dua dan tiga dimensi serta lukisan perincian dapat membantu pembaca memahami aspek rekabentuk rumah Kutai dengan mudah. RM 50.00