Skip to main content

Posts

Aku

Berdasarkan kepada kegunaan dan penghasilan barangan daripada pokok nyiur yang dibincangkan di dalam buku ini, sememangnya ia layak digelar sebagai pokok seribu guna atau pokok kehidupan. Selayaknya juga ia dijadikan simbol dan diberi penghargaan sewajarnya, justeru ia perlu dipelihara sebagai pokok khazanah bangsa dan supaya ia dapat meneruskan kesinambungan sumbangannya kepada masyarakat masa kini dan masa hadapan.  RM100
Recent posts

Seni Bina Permulaan Kristian & Byzantin

Buku ini membincangkan sejarah dan perkembangan seni bina dalam zaman Permulaan Kristian dan Byzantin sejak abad ke-4 Masihi. Ia menyingkap peranan dan pengaruh tamadun seni bina Yunani dan Romawi dalam pembentukan tamadun Permulaan Kristian dan Byzantin. Keunikan seni binanya yang mempesonakan tersebar ke merata kawasan dan pengaruhnya menjangkau awal abad pertengahan hinggalah ke zaman kejatuhan kerajaan Constantinople, pada tahun 1453 Masihi.  RM 40

Bamboo Dome: Design & Construction

Current experiment is to explore the design and construction of dome using bamboo as the main material. The design and construction team will use the surrounding material to construct the dome. Using a skeletal system, a dome of 40 feet diameter will be constructed. RM 150

Nyiur

Spirit Of BALI

Most people perceive Bali as a famous holiday destination with beautiful sunny beaches. Both the natural and built environment give Bali it's unique characteristics that more than meets the eye. To understand this characteristics one must go beyond the facade of the buildings; be it the traditional temples built centuries ago or the more current buildings found in the city centre.  (Available in Colour or Black & White) RM324 (Colour) RM243 (B&W)

Kelong Resort Design & Contruction

Kelong resort is a new and popular type of tourism in Malaysia. There are only 5 locations of kelong resort operating. But the most impressive is the Pulau Acheh Kelong Resort which offer a unique opportunity to the public by the virtue of its location, design, construction and charges. This monograph is illustrated with beautiful colour photographs and sketches by architecture students from University Science Malaysia.  Rm 65.00

The Wakaf Design & Construction

Wakaf design and construction brings together traditional and modern "Wakaf" from over Peninsular Malaysia as part of the landscape of the hot humid climate of Malaysia. Dr Zulkifli Hanafi has presented a stunning design and construction of a community "Wakaf" , which is a unique heritage of the traditional Malay architecture, once a common scene throughout the Malay villages.  RM 65.00

Seni Bina Melayu

Seni bina Melayu merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Ia mencerminkan pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu. Bangunan utama yang dibina ialah kediaman rakyat, istana kesultanan Melayu, masjid dan bangunan sampingan yang lazimnya mempertimbangkan pelbagai unsur ke dalam rekabentuk. Antaranya ialah aspek sosial, budaya, agama, ekonomi, teknologi dan alam persekitaran menjadikan seni bina Melayu sebagai hasil seni yang terunggul di dunia.  RM 52.00

Rekabentuk Pola - Pola Hiasan Dalam Bangunan Tradisional Melayu

Hiasan merupakan kemasan dan pelengkap yang penting kepada setiap bangunan tradisional Melayu. Buku pola hiasan ini mneyingkap kembali aspek pemilihan dan rekabentuk pola hiasan yang digunakan pada bangunan tradisional Melayu yang dikumpul dari pelbagai sumer termasuk lukisan terukur bangunan tradisional melayu yang terdapat di seluruh semenanjung Malaysia. Rm 78.00

Lukisan Perincian Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu

Pembinaan bangunan yang baik bukan sahaja bergantung kepada pemilihan bahan binaan yang sesuai tetapi penggunaan perincian bangunan yang betul sesuai dengan bahan, teknik dan cuaca setempat. Pembinaan tradisional Melayu yang tidak menggunakan paku, memerlukan sistem sambungan bertanggam yang berasaskan pembinaan tebuk, pasak, pementing, puting dan penyandal. Huraian dalam buku ini adalah mengikut urutan kerja pembinaan bangunan tradisional seperti penyediaan asas, pembinaan struktur utama, lantai, bumbung, tangga, dinding, pintu, tingkap dan hiasan. Urutan tersebut sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri. RM 80.00

Perincian Pembinaan Bangunan Dalam Iklim Panas Lembab Di Malaysia

Perincian yang digunakan dalam buku ini berdasarkan kepada pembinaan bangunan dalam iklim panas lembab di Malaysia. Maklumat di kumpul daripada pelbagai sumber firma arkitek yang sering dirujuk dan kerap digunapakai untuk membuat spesifikasi. Terdapat banyak perincian digunakan semasa spesifikasi bangunan tetapi hanya yang terpilih sahaja dimuatkan dalam buku ini sebagai contoh. Ukuran imperial dan metrik digunakan untuk memudahkan rujukan. Rm 55

Seni Bina Romawi

Tamadun Romawi menjadi pewaris kepada tamadun Yunani, memperluaskan dan mengembangkan falsafah dan budaya sehingga memerintah dan menguasai hampir tiga suku kawasan dunia. Memperkenalkan bentuk baru bangunan rakyat, pemerintah dan bangunan institusi secara meluas. Bangunan dibina untuk pelbagai kegunaan sivik, pertanian, pertahanan dan golongan bangsawan. RM 43.00

Seni Bina Mesir Purba

Sebuah buku yang ringkas tetapi padat dengan isi kandungan yang membincangkan perkembangan seni bina sejak pemerintahan Firaun pertama hingga ke zaman pemerintahan Firaun keturunan Romawi, pemerintah Mesir dinasti terakhir. Bangunan yang dibina merangkumi pusara Mastaba, Piramid, Pusara Pahatan Gua Batu, Kuil Penyembahan, Kuil Perkebumian dan seni bina rumah rakyat biasa. Perbincangan dibantu oleh lakaran yang menarik. RM 38.00

Rekabentuk Perumahan Di Malaysia

Buku ini membincangkan pelbagai aspek rekabentuk perumahan di Malaysia dengan penumpuan khas kepada rumah kos tinggi, rumah kos sederhana dan rumah kos rendah berkepadatan tinggi dan rendah. RM 110.00 *Akan dicetak semula dengan wajah baru. 

Seni Bina Islam

Selari dengan perkembangan Agama Kristian di Eropah, Agama Islam juga berkembang pesat ke Asia Barat dan Sepanyol. Bangunan yang terpenting ialah Masjid tetapi istana dan kota juga turut dibina. Kompleks pemerintahan kerajaan Islam yang paling terkenal dan indah ialah di Alhamra Sepanyol. Masjid direkabentuk dengan ciri-ciri setempat tetapi berlandaskan prinsip Islam yang sama. RM 58.00

Seni Bina Gothic

Kemajuan dan perkembangan Agama Kristian menjadikan pengaruh Gereja begitu kuat di Eropah sehingga banyak gereja-gereja baru lebih besar dan hebat dibina di merata tempat. Pembinaan baru memerlukan teknik pembinaan yang lebih kuat dan tahan, penggunaan gerbang lengkung digantikan dengan gerbang tajam yang mampu menanggung beban yang lebih berat menghasilkan seni bina Gothik. Gereja Gothik terkenal dengan bentuknya yang besar dan tinggi menjadi mercu tanda di kebanyakan bandaraya Eropah seperti Rome, Paris, London, Berlin dan lain-lain. RM 54.00

Seni Bina Romanesque

Empayar Roman di sebelah barat masih mengekalkan ciri-ciri rekabentuk bangunan Romawi pada kebanyakan bangunan tetapi dengan beberapa pembaharuan dan gabungan unsur lama. Seni bina Romanesque lebih kepada penghayatan dan nostalgia seni bina Romawi dalam bentuk baru. RM 52.00

Seni Bina Yunani

Tamadun yang berkembang di sekitar laut Meditteranean menjadi asas perkembangan tamadun barat. Merangkumi hampir kesemua aspek kehidupan manusia daripada sosiobudaya, politik, pertahanan, keagamaan, seni dan seni bina. Pengasas nilai estetika dalam rekabentuk bangunan mencapai kecemerlangan dalam rekabentuk Parthenon di Acropolis. RM 38.00

Seni Bina Mesopotamia

Lembah Mesopotamia merupakan kawasan pencetus ketamadunan manusia yang terawal di dunia. Terletak di antara dua sungai utama iaitu Tigris dan Euphrates menyaksikan pelbagai rentetan sejarah perjuangan, perebutan kuasa dan pembinaan tamadun manusia yang menjadi asas kepada kemajuan tamadun manusia masa kini. Bangunan dibina dengan megah dan didedikasi kepada kekuasaan tuhan, pemerintah dan untuk kehidupan selepas kematian. Dari lembah ini muncul beberapa buah bangunan yang menjadi keajaiban dunia seperti Ziggurat, taman gantung dan beberapa bandar utama zaman silam. Perbincangan dibantu dengan lakaran terpilih untuk menambahkan kefahaman pembaca. RM 36.00

Seni Bina Timur

Membincangkan sejarah senibina dalam kebudayaan Melayu dengan penumpuan khas kepada rumah tradisional Melayu, sejarah senibina India, China dan Jepun. RM 78.00

Pembinaan Bangunan Tradisional Melayu

Sebuah buku yang membincangkan pelbagai aspek rekabentuk dan pembinaan bangunan tradisional Melayu di Semenanjung Malaysia dengan terperinci. Perbincangan merangkumi huraian pembinaan bangunan daripada proses pemilihan tapak, pembinaan struktur utama, pembinaan bumbung, lantai, pembukaan dan hiasan yang disertakan dengan lakaran dan gambar-gambar yang terpilih daripada bangunan-bangunan tradisional yang masih kekal hingga kini. RM 50.00

Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu Pulau Pinang

Terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu bahagian pertama yang membincangkan aspek menjalankan lukisan terukur dan bahagian kedua ialah lukisan terukur tiga buah rumah tipikal Pulau Pinang. Lukisan terukur merangkumi lukisan dua dan tiga dimensi dan lukisan perincian pada bahagian yang terpilih. RM 60.00

Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu Kedah Utara

Rumah Kedah terbahagi kepada dua jenis rumah iaitu rumah Kedah Utara dan Kedah Selatan. Rumah-rumah di utara mempunyai pelan lantai yang lebih luas kerana mempunyai sebuah ruang tamu tambahan yang dikenali sebagai Lepau. Ruang ini ditutupi oleh bumbung berperabung menjadikanpandangan hadapan rumah kelihatan unik. Rumah Kedah Selatan pula mengekalkan ruang Lepau tetapi menggunakan bumbung panjang sahaja. Dinding hadapan dihiasi dengan ukiran yang menarik. RM 60.00

Siri Lukisan Terukur Rumah Tradisional Melayu Perak

Buku lukisan terukur ini menumpu kepada rumah tradisional Melayu Perak iaitu rumah Kutai tipikal yang hampir pupus. Rekabentuk rumah Kutai lazimnya, ringkas dan mudah tetapi unik dan menarik. Lukisan dua dan tiga dimensi serta lukisan perincian dapat membantu pembaca memahami aspek rekabentuk rumah Kutai dengan mudah. RM 50.00

Alat-Alat Pertukangan Tradisional Melayu

Alat-alat pertukangan merupakan media yang sangat penting untuk melahirkan idea dengan berkesan. Dalam pembinaan bangunan tradisional Melayu, pelbagai alat pertukangan telah digunakan untuk membantu tukang rumah menghasilkan pelbagai bentuk bangunan dengan sempurna dan menarik. Antara alat2 pertukangan yang penting dibincangkan dan dihuraikan didalam buku ini termasuklah alat megukur, menanda, membelah, mengetam, menebuk dan mengukir.  RM 45.00

Kerjaya Arkitek

Buku panduan ringkas untuk lepasan sekolah menengah yang berminat untuk mengikuti kursus seni bina dalam dan luar negara. Perbincangan merangkumi definisi arkitek, sejarah kerjaya, tugas dan tanggungjawab, kelayakan masuk, penawaran, sinopsis, pengiktirafan, tokoh dan prospek kerja dalam bidang seni bina.  RM 38.00

Teori Dan Prinsip Rekabentuk

Sebuah buku rujukan yang penting kepada pelajar dan peminat reka bentuk. Buku ini membincangkan teori dan prinsip reka bentuk merangkumi unsur-unsur asas, bentuk, ruang, warna, cahaya, tekstur, pola, kesatuan, kadaran, skala dan peraturan. RM 48.00